Wednesday, August 20, 2008

Yahoo! history....(in Bahasa Malaysia)

Latar Belakang

Yahoo! Incorporated merupakan sebuah koperasi awam Amerika Syarikat yang beribu pejabat di Sunnyvale, California di Silicon Valley.Koperasi ini menyediakan khidmat internet kepada seluruh dunia.Antaranya termasuklah ‘Web portal’,’Web search engine’,’Yahoo! Mail’, makluman berita dan ‘posting’.Khidmat ini merupakan idea Jerry Yang dan David Filo pada January 1994 yang merupakan graduan Stanford University yang kemudiannya dikorperatkan pada 1haribulan Mac 1995.

Pada January 1994, Jerry Yang dan David Filo merupakan pelajar graduan kejuruteraan electric di Stanford University.Pada April 1994, “Jerry’s Guide to the World Wide Web” dinamakan semula kepada “Yahoo!”.Kedua-dua pengasas ini menyatakan bahawa mereka memilih nama Yahoo! Kerana mereka suka terhadap maksud am perkataan tersebut yang berasal dari filem klasik,”Gulliver’s Travels”.Mereka terpaksa menambah tanda seruan di hujung perkataan Yahoo kerana nama “Yahoo” sudahpun digunakan oleh syarikat “EBSCO Industries” sebagai cap dagang kepada sos berbeku dan pisau.

Sehingga akhir tahun 1994,Yahoo! sudah menerima sejuta kunjungan dari para pengguna Internet.Yang dan Filo sedar bahawa laman web mereka mempunyai potensi besar untuk dijadikan sebagai sebuah bisnes.Disebabkan itu,Yahoo! dikorporatkan pada 1 Mac 1995.Pada 12 April 1996,Yahoo! membuat keuntungan sebanyak $33.8 juta Dollar hasil daripada penjualan sebanyak 2.6 juta saham dengan harga $13 setiap satu unit. Sejak Yahoo! diasaskan,Yahoo! telah berkembang dengan begitu mendadak sekali.Pada 8 Mac 1997,Yahoo! telah membeli dan mengambil alih beberapa syarikat.Antaranya adalah syarikat telekomunikasi Four11.Yahoo! menukar khidmat webmelnya,Rocketmail kepada Yahoo! Mail, mengambil alih ClassicGames.com dan menukarnya kepada Yahoo! Games,dan sebagainya.
Pada 3 haribulan Januari 2000,ketika permulaan letusan Dot-com boom, saham Yahoo! ditutup pada $118.75 bagi setiap unit saham.Enam belas hari kemudiannya, saham di Yahoo! Japan menjadi kumpulan saham pertama dalam sejarah Jepun untuk membuat pertukaran melebihi ¥100,000,000, mencecah ¥101.4 juta.($962,140 pada masa itu)Khidmat yahoo.com tergendala selama beberapa jam pada 7 Februari, 2000 kerana telah menjadi mangsa kepada DDoS(Distributed Denial of Service Attack)Semasa dot-com boom, CNBC melaporkan bahawa perbincangan yang dijalankan oleh Yahoo! dan eBay untuk membuat percantuman 50/50 namun tidak pernah kesampaian. Yahoo! adalah antara beberapa syarikat internet yang masih ’bertahan’ selepas letusan dot-com bubble. Walau bagaimanapun,saham Yahoo! menurun ke tahap paling rendah dalam lima tahun, iaitu sebanyak $4.06 seunit.Sehubungan dengan itu, Yahoo! mengadakan kerjasama dengan syarikat telekomunikasi dan internet yang lain untuk memberi perkhidmatan jalur lebar yang lebih baik bagi menandingi perkhidmatan yang ditawarkan oleh AOL.Pada Disember 2002,Yahoo! mengambil alih Inktomi.Pada Februari 2005, Yahoo! sekali lagi mengambil alih Konfabulator dan menamainya semula kepada Yahoo! Widgets. Yahoo! mengambil alih Overture Services,Inc. pada Julai 2003. Yahoo! menggugurkan keputusan pencarian laman web janaan Google dan menggunakan teknologinya sendiri. Pada tahun 2004,Google telah mengeluarkan Gmail.Dengan itu, Yahoo! turut menaik taraf kapasiti penyimpanan mel elektronik percumanya dari 4MB ke 1 GB dan semua akaun Yahoo! Mail Plus kepada 2GB agar dapat bertanding dengan perkhidmatan baru yang ditawarkan oleh Google. Pada tahun 2007, Yahoo! tidak lagi mengehadkan kapasiti penyimpanan mel elektronik para penggunanya dan memberikan mereka penyimpanan tanpa had. Yahoo! terus mengambil alih syarikat-syarikat yang lain untuk meluaskan perkhidmatannya, terutamanya dalam perkhidmatan Web 2.0. Yahoo! Launchcast berubah menjadi Yahoo! Music pada Februari 9, 2005.Yahoo! membeli perkhidmatan perkongsian foto, Flickr dan pada bulan Mac 29, 2005, syarikatnya melancarkan perkhidmatan blog dan jaringan sosialnya,Yahoo!360o. Pada Ogos 27, 2007, Yahoo! melancarkan versi baru Yahoo! Mail yang membolehkan para pengguna menghantar mesej segera kepada komuniti ”Instant Messaging” (IM) terbesar termasuk pengguna Yahoo! Messenger dan Windows Live Messenger secara percuma kepada pengguna telefon bimbit di Amerika Syarikat, Canada, India dan Filipina. Pada Januari 22, 2008, adalah dilaporkan bahawa Yahoo! ingin memecat ratusan daripada 14,000 orang pekerjanya disebabkan kerugian yang dialami oleh Yahoo! akibat daripada tidak dapat menandingi Google.Pada Januari 29, 2008, Yahoo! mengumumkan bahawa syarikatnya akan memecat 1,000 orang pekerjanya. Pemecatan pekerjanya mewakili pengurangan sebanyak 7% daripada 14,300 orang pekerja syarikatnya.Namun begitu, mereka digalakkan untuk membuat permohonan semula untuk beberapa jawatan baru yang ditawarkan di syarikat baru Yahoo! di tempat yang dapat menjanjikan pengembangan dan mendatangkan keuntungan yang lebih menggalakkan.Pada Februari 29, 2008 Yahoo! membeli Maven Networks, pembekal permainan video dengan harga kira-kira $160 juta. Yahoo! bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam menyediakan produknya seperti Yahoo! Sports, Yahoo! Finance, Yahoo! Music, Yahoo! Movies, Yahoo! News, Yahoo! Answers dan Yahoo! Games.Yahoo! menawarkan isi kandungan percuma dan Yahoo premium bagi ahlinya dengan mengadakan kerjasama dengan pembekal perkhidmatan jalur lebar seperti AT&T, Verizon Communications, Rogers Communication dan British Telecom.Pada Mac 31, 2008,Yahoo! melancarkan portal web http://shine.yahoo.com/ yang merupakan sebuah lagi harta Yahoo! yang ditujukan khas kepada kaum wanita yang berumur antara 25 hingga 54 tahun.Shine akan menawarkan khidmat nasihat dan sebuah pentas bagi perbincangan ataupun forum bagi wanita-wanita dalam hal-hal cinta,kekeluargaan.seks,makanan,kerjaya,wang,fesyen,hiburan dan astrologi. Yahoo! turut menawarkan khidmat komersial seperti Yahoo! Shopping,Yahoo! Autos, Yahoo! Real Estate dan Yahoo! Travel.Menerusi khidmat tersebut, para pengguna dapat mencari dan mengumpul maklumat berkaitan agar dapat membuat transaksi komersial serta pembelian atas talian.
Selain itu, Yahoo! juga menawarkan perkhidmatan seperti Yahoo! Domains, Yahoo! Web Hosting,Yahoo! Merchant Solutions, Yahoo! Store dan Yahoo!Business Email kepada pemilik bisnes kecil serta para profesional agar mereka dapat membina gudang atas talian mereka sendiri menggunakan perkakas Yahoo!.Yahoo! turut menawarkan HotJobs untuk membantu mencari bakat yang diperlukan oleh seseorang majikan. Sebuah lagi perkhidmatan yang ditawarkan iaitu Yahoo! Next mengandungi forum bagi para pengguna Yahoo! memberi maklum balas bagi membantu pihak Yahoo! dalam pembangunan masa depan syarikatnya. Yahoo! juga tidak kurang emlakukan kesilapan dalam bisnesnya.Yahoo! dikritik kerana menyumbangkan dananya kepada spyware dan adware.Hal ini kerana para pengguna berkemungkinan besar memuat turun iklan daripada pelanggan Yahoo! yang terpapar dalam ”pop-ups” yang dijana oleh adware tanpa disedari mereka semasa mereka memuat turun perisian komputer.

People’s Republic of ChinaYahoo! bersama-sama dengan Google China, Microsoft,Cisco, AOL, Skype, Nortel dan lain-lain telah bekerjasama dengan kerajaan China dalam melaksanakan sebuah system penapisan internet di China.Berlainan dengan Google dan Microsoft yang menyimpan maklumat sulit para penggunanya di luar kawasan China, Yahoo! menyatakan bahawa syarikatnya tidak akan menyimpan dan menjaga maklumat sulit para penggunanya di China daripada pihak kerajaan China.Tom Lantos, pengerusi House Foreign Affairs Committee berkata,”While technologically and financially you are giants, morally you are pygmies” Disebabkan polisi Yahoo! ini, beberapa wartawan ditahan oleh kerajaan China. Para wartawan seperti Shi Tao, seorang wartawan China dipenjarakan selama sepuluh tahun oleh Changsa Intermediate People’s Court di Hunan, China atas tuduhan membekalkan maklumat sulit negeri kepada warga asing.”Maklumat sulit” tersebut hanyalah senarai nama pendek penapisan yang dihantar beliau dari akaun Yahoo! Mail beliau kepada Forum Demokrasi Asia.Pihak Yahoo! teruk dikritik dan mereka menyatakan bahawa mereka terpaksa menghormati undang-undang di tempat mereka beroperasi.Michael Callaham, General Counsel, Yahoo! membuat penerangan kepada House Foreign Affairs Committee bahawa hal tersebut adalah merumitkan.
Kritikan terhadap Yahoo! semakin ’hangat’ diperkatakan apabila Reporters Without Borders mengeluarkan dokumen dari mahkamah China pada Februari 2006 bahawa Yahoo! telah membantu pihak kerajaan China dalam sebuah lagi kes yang melibatkan seorang lagi wartawan China sendiri bernama Li Zhi.Pada bulan Disember 2003, Li Zhi telah dijatuhkan hukuman penjara selama 8 tahun. Yahoo! juga turut didakwa oleh isteri Wang Xiaoning pada April 18, 2007 di bawah perundangan hak manusia di Mahkamah Persekutuan di San Francisco, California, Amerika Syarikat.Wang Xiaoning merupakan plaintiff dalam kes tersebut dan dibantu oleh World Organization for Human Rights USA.Yahoo! didapati bersalah atas ketidak bertanggungjawabannya.Hal ini kerana pihak Yahoo! sepatutnya mengetahui bahawa pemberian maklumatnya kepada pihak kerajaan China akan mengakibatkan pengguna tersebut ditahan dan dipenjarakan.Keputusan Yahoo! dalam membantu pihak kerajaan China merupakan sebahagian daripada polisi pihak Yahoo! untuk meneruskan perkhidmatannya kepada warga China setelah perkhidmatan Yahoo! diberhentikan untuk suata jangka masa yang lama di China. Pada Mei 25, 2006, pencarian imej Yahoo! turut dikritik kerana memaparkan gambar gambar kurang senonoh walaupun semasa SafeSearch digunakanPihak Yahoo! menjawab kepada aduan ini dengan menyatakan bahawa pihak mereka sedar akan isu tersebut dan akan membaikinya secepat mungkin.

No comments:

Powered By Blogger